AL HAZEN — Sekolah Rendah Integrasi | Semenanjung Malaysia
Sasaran Pelaksanaan 2027 · Semenanjung Malaysia

Mendidik akal yang cerdas,
membentuk hati yang beradab.

AL HAZEN ialah rangkaian Sekolah Rendah Integrasi yang menyatukan kecemerlangan akademik arus perdana dengan pembentukan akidah, ibadah, adab dan penguasaan bahasa — dibina di bawah satu piawaian yang sama di seluruh Semenanjung.

2027Sasaran Pembukaan Kohort Perintis
4Hab Latihan Serantau
11Negeri Liputan Semenanjung
Konsep Pendidikan

Empat tunjang yang membina seorang murid AL HAZEN

Kurikulum direka supaya akademik, iman, bahasa dan kemahiran masa hadapan berkembang serentak — bukan berasingan.

01

Akademik Teras

Kurikulum sekolah rendah selaras keperluan pihak berkuasa, disokong pengajaran yang jelas dan boleh diaudit.

02

Iman & Adab

Akidah, ibadah, sirah, akhlak dan adab harian diterapkan sebagai amalan, bukan sekadar mata pelajaran.

03

Penguasaan Bahasa

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai teras, disokong asas Bahasa Arab mengikut kesiapan sekolah.

04

Kemahiran Abad Ke-21

Literasi digital, pemikiran kritis, kepimpinan dan khidmat komuniti dibina melalui projek dan amalan sebenar.

Hasil Pendidikan

Profil murid yang ingin kami bentuk

Lima dimensi ini menjadi rujukan bagi setiap RPH, aktiviti dan penilaian di sekolah AL HAZEN.

Murid
AL HAZEN
Iman & Adab

Menunjukkan akhlak dan tanggungjawab dalam amalan harian.

Akademik

Menguasai literasi, numerasi dan pengetahuan asas mengikut tahap.

Bahasa

Berkomunikasi yakin dalam konteks pembelajaran dan sosial.

Kepimpinan

Bekerjasama, membuat keputusan dan menyumbang kepada komuniti.

Daya Tahan

Berdisiplin, bersedia belajar dan menyesuaikan diri.

Pengembangan Rangkaian

Berkembang secara tersusun, bukan tergesa-gesa

Setiap sekolah AL HAZEN disokong oleh salah satu daripada empat hab latihan serantau, memastikan piawaian kekal seragam walaupun rangkaian berkembang.

T
Hab Tengah Shah Alam, Selangor

Liputan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Pahang Barat.

U
Hab Utara Butterworth, Pulau Pinang

Liputan Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara.

S
Hab Selatan Ayer Keroh, Melaka

Liputan Melaka, Johor dan Negeri Sembilan Selatan.

PT
Hab Pantai Timur Kuantan, Pahang

Liputan Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Fasa perintis: beberapa sekolah rintis di sekitar setiap hab untuk menguji sistem dan piawaian kualiti sebelum pengembangan seterusnya di Semenanjung Malaysia.
2026

Persediaan dokumen, kurikulum dan pematuhan pihak berkuasa.

2026

Saringan pengusaha dan pemilihan lokasi kohort perintis.

2027

Bimbingan penubuhan 12 bulan dan pembukaan sekolah perintis.

Langkah Seterusnya

Daftar minat awal untuk anak anda

Kami sedang membina kohort perintis menjelang 2027. Daftarkan minat anda untuk menerima maklumat terkini tentang lokasi, sesi pengambilan dan status kelulusan sebaik sahaja tersedia.

  • Maklumat awal lokasi berhampiran anda
  • Kemas kini status pematuhan & kelulusan
  • Jemputan ke sesi taklimat ibu bapa

Borang Minat

Isi ringkas — kami hubungi anda melalui WhatsApp.

Anda akan diarahkan ke WhatsApp untuk mengesahkan penghantaran.

Usahawan pendidikan?

Program licensing AL HAZEN membuka peluang kepada pengusaha tempatan untuk menubuhkan sekolah di kawasan masing-masing dengan sokongan jenama, sistem dan bimbingan penuh daripada HQ.

Maklumat Licensing →